Politik wang UMNO Azman Noh

Pada 22 Januari 2009, Azman Noh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan memberi rasuah wang tunai berjumlah RM300 kepada Davad @ Daud Parman pada 11 Oktober , seorang ahli UMNO sempena pemilihan Umno bahagian Oktober 2008. Lokasinya di rumah No.10 A, Kampung Sungai Ramai, Air Tawar, Setiawan, dekat Ipoh kira-kira 12 tengah malam. Tujuan rasuah itu ialah agar memilihnya sebagai Naib Ketua Umno bahagian, Abdul Manaf Hashim sebagai Ketua Umno dan Azhar Ahmad sebagai Timbalan Ketua Umno pada pemilihan UMNO Bahagian Beruas pada 12 Oktober 2008.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memerintahkan Azmah Noh dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin. Peguam Khairil Azwa memohon ia dikurangkan kepada RM5,000. Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya How May Ling memohon ikat jamin sebanyak RM10,000. Siasatan bermula pada 6 November 2008 dan pada Selasa 20 Januari 2009 tertuduh sekali lagi dipanggil memberi keterangan.

Tarikh perbicaraan pada 1-3 Jun 2009 di mahkamah Ipoh. Azman didakwa di bawah Seksyen 10 (b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan. [1]